Sunday, June 28, 2009

sakit mata,sakit hati, dll....

Salam pertemuan buat semua..berjumpa lagi kita pada post yg baru..pada hari ahad (21/7/2009) yg lepas aku dan bekas rakan2 dari sekolah lama telah mengadakan reunion bertempat di midvalley kuala lumpur..pada waktu tu gak aku ada program lain. Program tu agak penting gak la. Tapi disebabkan sudah berjanji dgn rakan2 aku ni, maka aku pun pergi ke reunion ni. Pada awalnya perasaan di dalam hati ini mmg seronok kerana kami dah x berjumpa selama 7 tahun. Tapi dalam masa yg sama terasa berat gak nak pergi sbb aku x tau apa yg akan berlaku dari segi pergaulan..adakah reunion yg bakal aku pergi ini terlampau sosial. aku pernah tanya kat syakirin(rakan schoolmate) cam mana nak berhadapan dgn depa ni kalau mereka ni terlampau sosial dari segi pemakaian dan pergaulan..maka syakirin dgn selambanya mengatakan aku pandai bersosial..so x pyhla takut...huhu...akhirnya aku memberanikan diri pergi ke reunion tu..untuk menambahkan kekuatan aku ke sana aku mengajak seorang teman baikku iaitu saudara adam..maka bergeraklah kami ke midvalley dari shah alam menaiki komuter..lama gak la tggu komuter ni..sampaikan ada satu komuter nak g midvalley tu rosak..kena tggu komuter yg lain plak..bersabar jelah...akhirnya sampailah kami di midvalley..ramainya orang sampai x terkata...elok2 ja aku sampai sana waktu zohor pun masuk..aku dan adam bersolat dahulu..sampai2 ja surau kat midvalley tu aku trdengar laungan azan..alhamdulillah..maka bersolat jemaahla kami...waktu bilal tu iqamat,aku pun meluru ke saf paling depan skali..dalam hati berbisik,kalau2 la xdak orang nak jadi imam,maka aku akan menawarkan diri utk mnjadi imam..huhu..alhamdulillah..ada sorang pak arab jadi imam waktu tu...setelah selesai bersolat aku pun menelefon salah sorang membe aku ni untuk menanyakan lokasi mereka. Maka dia pun bgtau dia dgn geng2 lain ada kat foodcourt..maka aku dan adam melurulah ke lokasi kejadian..MAKA SAKITLAH MATA,SAKITLAH HATI melihat kawan2ku yg free hair..pakai baju yg ntah pape..pastu ada sorang ni berkapel-kapelan plak tu..aku x tau nak cakap apa dah waktu tu..kalau boleh nak balik awal dah..

Aku pun amik inisiatif utk pulang awal mengatakan pada mereka yg aku ada hal lain utk diselesaikan. Aku masih tidak kuat untuk menasihati mereka secara sinis atau terang2an. Maka aku pikir pulang awal adalah jalan tbaik utk aku tidak lebih sakit lagi. Mungkin lepas ni aku akan cuba masuk dgn mereka perlahan2 dan mengambil kesempatan utk mengubah mereka..x dapat ubah banyak pun sikit2 jadila. Asalkan pergaulan mereka antara lelaki dan perempuan dapat dibataskan.

Masalah2 camnilah yg mendorong berlakunya zina xpecially kat kaum remaja skang..dalam quran menegaskan suh kita jgn menghampiri zina..masalahnya kalau dah berpegang2 tu kira apa ek???pandai2 la korang pikir sendiri...apa sudah jadi dgn pemuda2 dan pemudi2 islam kita pada masa skang??? Takutnya aku melihat dunia sekarang...

Gunakan Kesempatan untuk kebaikan..sebelum segalanya terlepas dari genggaman, kelak menyesal nnti tak kesudahan....Ya ALLAH peliharalah aku,keluargaku,kawan2ku dan seluruh umat islam daripada melakukan maksiat dan perkara mungkar kepadaMU. Masukkanlah kami dalam golongan yg sentiasa beriman kepadaMU...AMIN..

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)

( سورة الإسراء , Al-Isra, Chapter #17, Verse #32)

Katakanlah: Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya dan yang tersembunyi dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.

( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #151)


7 comments:

Anonymous said...

sianyer kena tunggu bas..takpe2..
sabar itu separuh daripada iman..ngeh3..


~I BELIEVE I CAN FLY~

Qalam'Aini said...

Salam tinta perjuangan...(credit to trademark)... Nice sharing...Rasanya tarikh 21-7-09 tu belum lagi tiba di planet bernama Bumi ni... Nabi saw bersabda, "Sesiapa (di kalangan orang Islam) yang melihat sesuatu yang mungkar, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kuasa yang ada), jika dia tidak mampu melakukannya dengan tangan, maka dia merubahnya dengan lidah, jika tidak mampu juga maka dengan hati (berdoa), itulah selemah-lemah iman."

Rahem's said...

great..

herm xpe la bagus la kau ade niat nak tegur.
tp kebanyakan skarang buat bukan sebab jahil...sebab mmg nak wat..

semoga sentiasa beringat.
xpe la ok.keep it up.good work..

tok bilal said...

xpe r malik oi...hg da wat pe yg termampu..aku pon penah rse bnde yg same,yg xpkai tdung 2 satu hal, yg pkai tudung tp baju melekat2 pon lagi satu hal..sabo le yop...

tok bilal said...

blog hg ni smart da, cume yg aku xpueh atinye asal xde gamba aku?..klau ade,bru aku teruje sket bukak blog hg...haha

hamba ALLAH yg memimpin said...

baiklah tok bilal..nanti aku letak gamba ang..nanti aku pikir post apa nak letak bkaitan dgn ang...

tok bilal said...

bgos2..ni yg tok suke ni..hehe