Thursday, June 4, 2009

usrahku(keluargaku)

uzair(cipok)

adik fatheih

sobri

saiful hakim

x kenal..huhu

zul

syakirin

fattah

zaidi

khuzairi(kuje)


Salam berbahagia buat semua. Pada post kali ini aku hendak berkongsi cerita sedikit mengenai kluarga aku di tempat aku belajar ini iaitu di usmkkj. Keluarga ku ramai di sini...tapi yg nak aku critakan kat sini ialah kluarga batch sendiri iaitu phak muslimin..kami masih berada di dalam tahun 2 dan masing2 berada pada bidang kejutraan yg berbeza..matlamat kami semua sama iaitu ingin menegakkan biah solehah di bumi kampus ini..apa yg dikatakan dgn biah solehah??

“Biah Solehah”. “Biah” adalah kalimah Arab yang bermaksud suasana, keadaan dan juga persekitaran. Manakala “Solehah” pula ialah semua yang baik pada perspektif syarak iaitu menyuruh melakukan yang baik (makruf) dalam masa yang sama menghalang dari melakukan yang jahat (mungkar) pada pandangan Islam.

Maka tanggungjawab kami sememangnya berat.. tapi dgn kesedaran yg sedikit ya ALLAH berikan ini dapat menyatukan hati lantas memberikan kami kekuatan utk terus berdakwah di dalam kampus secara kaedah berkeluarga..sesungguhnya kaedah ini lebih sesuai berbanding sorang diri..

Kewajipan Muslim melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar sebagai tugas dakwah juga disebut dalam hadis yang bermaksud:

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

Rasanya suma dah mahir ttg hadis di atas..maka rasanya x pyhla nak terangkan lagi...

SAYANGILAH SEBUAH PERSAHABATAN YG TELAH KITA BINA INI..YA ALLAH TAUTKANLAH HATI INI AGAR PERJUANGAN YG KAMI BAWA INI LANCAR TANPA SEBARANG GANGGUAN ATAU MASALAH

AMIN..........

No comments: