Sunday, June 28, 2009

sakit mata,sakit hati, dll....

Salam pertemuan buat semua..berjumpa lagi kita pada post yg baru..pada hari ahad (21/7/2009) yg lepas aku dan bekas rakan2 dari sekolah lama telah mengadakan reunion bertempat di midvalley kuala lumpur..pada waktu tu gak aku ada program lain. Program tu agak penting gak la. Tapi disebabkan sudah berjanji dgn rakan2 aku ni, maka aku pun pergi ke reunion ni. Pada awalnya perasaan di dalam hati ini mmg seronok kerana kami dah x berjumpa selama 7 tahun. Tapi dalam masa yg sama terasa berat gak nak pergi sbb aku x tau apa yg akan berlaku dari segi pergaulan..adakah reunion yg bakal aku pergi ini terlampau sosial. aku pernah tanya kat syakirin(rakan schoolmate) cam mana nak berhadapan dgn depa ni kalau mereka ni terlampau sosial dari segi pemakaian dan pergaulan..maka syakirin dgn selambanya mengatakan aku pandai bersosial..so x pyhla takut...huhu...akhirnya aku memberanikan diri pergi ke reunion tu..untuk menambahkan kekuatan aku ke sana aku mengajak seorang teman baikku iaitu saudara adam..maka bergeraklah kami ke midvalley dari shah alam menaiki komuter..lama gak la tggu komuter ni..sampaikan ada satu komuter nak g midvalley tu rosak..kena tggu komuter yg lain plak..bersabar jelah...akhirnya sampailah kami di midvalley..ramainya orang sampai x terkata...elok2 ja aku sampai sana waktu zohor pun masuk..aku dan adam bersolat dahulu..sampai2 ja surau kat midvalley tu aku trdengar laungan azan..alhamdulillah..maka bersolat jemaahla kami...waktu bilal tu iqamat,aku pun meluru ke saf paling depan skali..dalam hati berbisik,kalau2 la xdak orang nak jadi imam,maka aku akan menawarkan diri utk mnjadi imam..huhu..alhamdulillah..ada sorang pak arab jadi imam waktu tu...setelah selesai bersolat aku pun menelefon salah sorang membe aku ni untuk menanyakan lokasi mereka. Maka dia pun bgtau dia dgn geng2 lain ada kat foodcourt..maka aku dan adam melurulah ke lokasi kejadian..MAKA SAKITLAH MATA,SAKITLAH HATI melihat kawan2ku yg free hair..pakai baju yg ntah pape..pastu ada sorang ni berkapel-kapelan plak tu..aku x tau nak cakap apa dah waktu tu..kalau boleh nak balik awal dah..

Aku pun amik inisiatif utk pulang awal mengatakan pada mereka yg aku ada hal lain utk diselesaikan. Aku masih tidak kuat untuk menasihati mereka secara sinis atau terang2an. Maka aku pikir pulang awal adalah jalan tbaik utk aku tidak lebih sakit lagi. Mungkin lepas ni aku akan cuba masuk dgn mereka perlahan2 dan mengambil kesempatan utk mengubah mereka..x dapat ubah banyak pun sikit2 jadila. Asalkan pergaulan mereka antara lelaki dan perempuan dapat dibataskan.

Masalah2 camnilah yg mendorong berlakunya zina xpecially kat kaum remaja skang..dalam quran menegaskan suh kita jgn menghampiri zina..masalahnya kalau dah berpegang2 tu kira apa ek???pandai2 la korang pikir sendiri...apa sudah jadi dgn pemuda2 dan pemudi2 islam kita pada masa skang??? Takutnya aku melihat dunia sekarang...

Gunakan Kesempatan untuk kebaikan..sebelum segalanya terlepas dari genggaman, kelak menyesal nnti tak kesudahan....Ya ALLAH peliharalah aku,keluargaku,kawan2ku dan seluruh umat islam daripada melakukan maksiat dan perkara mungkar kepadaMU. Masukkanlah kami dalam golongan yg sentiasa beriman kepadaMU...AMIN..

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)

( سورة الإسراء , Al-Isra, Chapter #17, Verse #32)

Katakanlah: Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya dan yang tersembunyi dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.

( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #151)


Monday, June 22, 2009

Melangkah ke menara gading

ALHAMDULILLAH sagala puji bg ALLAH swt yg menciptakan bumi yg hijau dan biru ini. ALHAMDULILLAH juga ku panjatkan kpadaMU kerana akhirnya kedua2 adikku akan keluar dari rumah untuk mencari ilmu di luar. Kedua-dua adikku ini sebelum ini tidak pernah keluar dari rumah kerana mereka tidak pernah ke asrama. Berbeza dgnku kerana aku telah keluar dari rumah sejak berada di tingkatan 4 lagi kerana ketika itu aku mendapat tawaran utk melanjutkan pelajaran di sekolah asrama penuh. Adikku yg pertama bernama muhd naim bin jurit yg baru saja menamatkan stpmnya akan melanjutkan pelajarannya di universiti pertahanan nasional Malaysia (upnm) sg besi. Di sana nanti dia akan mengambi jurusan degree iaitu bidang sarjana muda pengurusan sumber manusia pertahanan. Kemungkinan insyaALLAH pasni dia akan menjadi seorang pegawai tentera yg berwibawa sama seperti bapaku (masih berada di dalam perkhidmatan sebagai tentera udara). Sorang lagi adikku siti adillah bt jurit yg baru saja menamatkan spmnya akan melanjutkan pelajarannya ke kolej poly-tech mara bangi dlm jurusan diploma perniagaan. Kalian suma mmg untung kerana masih dapat stadi dalam area Selangor dan kl ni. Tapi tggu jelah nanti sbb abah kata nak pindah Pahang. So kita sama2 akan berjauhan daripada keluarga tercinta.huhu..yg tinggal di rumah hanyalah dua orang adikku yg masih bersekolah iaitu ahmad junaidi b jurit(PMR tahun ni) dan siti nurashiqah bt jurit(upsr tahun ni)..kepada adik2ku yg masih bersekolah ni teruskan perjuangan anda di rumah..blajaq rajin..tahun ni angpa piksa besaq..buat yg terbaik..

Maka pesanan kepada adik2ku berhijrahlah ke tempat baru utk mencari pengalaman yg seluas2nya. Peliharalah akhlakmu ketika berada di tempat orang lain. Jagalah peribadimu dan santunmu ketika bergaul dgn orang lain. Kukuhkanlah akidahmu dgn majlis2 ilmu yg berada di sana sini.. dan yg paling penting sekali jagalah agamamu dan keluargamu sebaik mungkin.sentiasa ingat pada ALLAH walaupn berada dalam keadaan senang atau susah..insyaALLAH ALLAH bersama kalian...wallahua’lam...


Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #100)

kehidupanku sbg RA


software yg bakal dibuat tu lebih kurang cam di atas la

Salam ukhuwah buat semua...berjumpa lagi dengan semua..mesti semua tertanya apa yg nak dibincangkan dalam post saya kali ni kan??? Sebenarnya saya nak bercerita ttg pengalaman saya menjadi research assistant atau bahasa canggihnya pembantu penyelidik..perghh...mantap btoi bunyinya..tapi sebenarnya besa2 ja..Cuma daripada RA ini insyaALLAH membantu saya utk membuat FYP nanti...lebih kurang dua bulan ni banyak pengalaman saya dapat..huhu..sebenarnya saya menjadi RA di bawah sorang kak master...namanya kak vizy..akak ni mmg sempoi la..huhu..tajuk yg akak ni buat ialah CONTROL FLOW IN NASAL CAVITY..apa plak bndanya tu??? Dalam bahasa melayunya ialah mengkaji pergerakan aliran udara di dalam saluran hidung iaitu antara salah satu saluran pernafasan kita..kiranya akak ni akan buat satu software dimana software ini bertindak sbg medium pertama yg perlu dilalui oleh pesakit sebelum sesuatu rawatan atau pembedahan itu dibuat..nasib baik saya dipartnerkan dgn sorang yg saya amat kenali iaitu saudara syakirin kerana senang ckit kalau nak buat kerja dgn orang yg kita kenai..mmg kami x leh renggang daripada dulu..bak kata orang dulu2,ibarat air yg dicincang xkan putus..betoi ka pribahasa aku ni..bantai jelah..didalam menjadi RA ini kami 24 jam menggunakan software dimana sofrware ini digunakan utk design nasal cavity(hidung) menjadi solid molid..sbb apa kena bg hidung tu jadi solid plak??


cam ni la kot dia punya cara nak guna

Supaya senang ckit nak kaji flow dalam hidung nanti...part yg paling susah skali nak buat bnda ini ialah nak bg jadi hidung ni solid la...asalnya imej hidung yg kami dapat ni dari ct scan(yg dok scan tulang2 tu). Pastu dari file ct scan tu kami pindahkan ke MIMICS..disebabkan skool x beli semua bahagian yg ada dalam MIMIC tu, maka dipindahkan plak ke CATIA..di dalam software CATIA ni terdapat bnyak kesukaran utk menjadikan hidung tu menjadi solid..pejam celik pejam celik maka tugas saya sbg RA pun tamat pada mggu lepas..ALHAMDULILLAH...maka sampai situ sajalah cite RA saya kpada semua..skang ni saya sudah pun selamat berada di umah..masih sempat cuti selama 2 minggu...huhu..sempat la gak saya nak menghantar adik2 saya yg dapat g blaja kat tmpat lain...berusahalah mencari sesuatu ilmu itu walau di mana jua anda berada..manfaatkan lah masa yg diberikan oleh ALLAH ini dgn sebaik-baiknya...wallahua’lam

Firman Allah SWT:
Ertinya:
“Bacalah dengan menyebut nama tuhan kamu yang telah menjadikan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama tuhanmu Yang Maha Pemurah yang telah mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan manusia apa yang mereka tidak ketahui”

Sunday, June 14, 2009

Mengapakah PMI berada di kampus usmkkj???




Assalamualaikum dan salam perjuangan buat sahabat2 sekalian..tajuk post aku pada kali ini berkaitan dengan sebuah persatuan yg agak femes dimana persatuan ini wujud di setiap university..apakah itu PMI??? PERSATUAN MAHASISWA ISLAM merupakan sebuah organisasi yg ditubuhkan bg menjadi badan pendakwah di dalam sesebuah bumi kampus. Peranan ini dimainkan oleh sebuah organisasi yg dibentuk khas dimana terdiri daripada majlis tertinggi dan barisan exco. Pada sidang 2008/2009 yg lalu PMIUSMKKJ telah dikemudi oleh seorang anak muda daripada perlis iaitu saudara adham dibantu bersama2 oleh saudara zaidi (pemikir HPA) yg berasal dari Kelantan..kemudian ada la beberapa orang g yg tlibat dalam majis ttinggi ni..tapi malas nak cita..huhu..bagi hal ehwal muslimat pula dikendalikan oleh seketariat helwani dimana diketuai olah ukhti naimah rosyadah(kimia 3)..barisan exco plak dipecahkan kepada beberapa bidang..antaranya sukan, penerangan, kebajikan, tarbiyah dan kepimpinan,ekonomi dan akademik..xsilap suma ni dah cukup kot..nape plak nak kena ada organisasi cam ni suma??? Hal ini disebabkan sesuatu perancangan yg nak dilakukan tu mestilah di buat berdasarkan mesyuarat..kalau dah xdak sesuatu organisasi tu cam mana nak wat keputusan???sapa plak yg nak buat mesyuarat???maka akibatnya x berjalanlah sesuatu aktiviti tu...

Sebaik-baiknya, aktiviti dakwah hendaklah dilaksanakan dalam bentuk jamaah atau berorganisasi supaya lebih tersusun dan berkesan.
.
Firman Allah AWT: " Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu saling tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan." (Al-Maidah: 2).

Iktibar yang paling penting di dalam ayat ini adalah semua aktiviti "kebaikan dan taqwa" mestilah dilakukan secara tolong menolong. Tolong menolong biasanya melibatkan ramai orang dan aktiviti yang melibatkan ramai orang memerlukan sistem yang mantap dan sistem yang mantap hanya dapat diwujudkan melalui organisasi yang bersistem. Justeru Dr. Abdul Karim Zaidan merumuskan dalam kitabnya, Usul Ad-Dakwah : Ayat ini adalah dalil berhubung dengan kewajipan mewujudkan organisasi atau jamaah. Malah wajib dilaksanakan dakwah melalui organisasi apabila hasil tidak tercapai melainkan dengannya. Salah satu kaedah usul feqh menyebut: Suatu perkara yang tidak sempurna perkara yang wajib kecuali dengannya (dengan melaksanakan perkara tersebut), maka perkara itu juga adalah wajib.

Firman Allah SWT: " Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di atas jalan-Nya berjuang di dalam satu saff (barisan), seolah-olah mereka itu sebuah binaan yang amat kukuh." (As-Soff: 4).

As Syahid Syed Qutub dalam kitabnya, Fi Zilalil Qur'an menyebutkan: Yang dituntut bukanlah semata-mata berjuang tetapi berjuang di atas landasannya dan berjuang dalam saff bersama-sama dengan jemaah Islam.
.Sabda Rasulullah s.a.w: " Akan wujud penyeru-penyeru di pintu neraka jahannam. Barangsiapa menyambut seruan mereka, dia akan dilemparkan ke dalam neraka." Huzaifah bertanya: Apakah yang patut aku lakukan jika aku berdepan dengan suasana itu?. Jawab Rasulullah: " Berpeganglah dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka". Hadis ini jelas menceritakan mehnah dan suasana akhir zaman dan kepentingan beriltizam dengan organisasi atau jamaah Islam.
Berhubung hadis di atas, Sheikh Said Hawa didalam kitabnya, Madkhal Ila Dakwah al-Ikhwan al-Muslimin berkata: Zaman kita kini adalah zaman lahirnya penyeru-penyeru di pintu neraka. Hadis ini menuntut kita beriltizam dengan jemaah Islam dan pimpinannya. Maka daripada ini kita dapat tahu betapa pentingnya sesebuah organisasi itu..

Sahabat2 seperjuangan sekalian,usahlah kamu berasa jemu berada dalam PMIUSMKKJ ini..tekadkanlah hati ini bagi memperjuangkan dan meninggikan agama ALLAH ini..jadikanlah ini sbg medan latihan utk kita bergiat lebih aktif lagi dalam aktiviti dakwah selepas keluar daripada bumi kampus usmkkj..wallahua’lam

Sekian...