Thursday, November 18, 2010

Perihal Examku...

Salam tarbawi buat sahabat2 yang ku sayangi semua...dikala aku sedang menulis ini keesokannya seluruh umat islam akan menyambut hari raya aidil adha...ramai sahabat2 yang pulang untuk beraya dgn sanak saudara di kampong..yang hanya tinggal adalah aku n sahabat2 yang rumahnya amat jauh di sebuah kawasan yang bnyak negeri...pada ketika ini aku telah melepasi 4 paper dah memandangkan skarang adalah musim peperiksaan...tinggal satu lagi..aku telah berusaha setakat yang ku mampu...yang seterusnya hanyalah bertawakkal padamu ya ALLAH..mgkin usahaku tidaklah sehebat sahabat2 seMEKANIK dgn ku...tapi aku telah cuba sedaya upaya utk mengharungi ujian dunia ini...

Bila dikatakan ujian dunia ni apa la sangat....apabila dikatakan ujian dunia ni...mgkin semua tertanya apakah itu ujian dunia..pada hemat aku ujian dunia ini semua merupakan tarbiyah dari ALLAH untuk menguji sejauh mana manusia mencintai TUHANNYA YANG SATU IAITU ALLAH SWT...tiada dua, tiada tiga, tidak beranak tapi DIA ADALAH SATU...IAITU ALLAH SWT...


sahabat2 memainkan peranan yang penting dalam membantu seseorang untuk terus maju ke hadapan


Ujian peperiksaan ini adalah merupakan ujian yang sangat berat juga la apabila kita perkatakan sebab diri kita merupakan seorang pelajar...adakah ujian yang kita tempuhi ini dapat mendekatkan diri dgn ALLAH...maka anda boleh menjawab sendiri...

Adakah kita menjaga solat jemaah ketika di dalam musim peperiksaan?

Adakah kita membaca AL QURAN walaupun sekadar memegang dan menyelaknya?

dll...

Wallahua’lam...

Bila dipikirkan semula teruknya diri aku ni....nak berjaya tapi hubungan dgn ALLAH x jaga...pastu nak minta bantuan dari ALLAH...malunya aku DGNMU YA ALLAH....

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…

Tuesday, September 28, 2010

Perihal seorang hamba ALLAH yang aku segani...

Salam seakidah semua..harap semuanya sihat dan sentiasa berada di bawah rahmat ALLAH..lagi sebulan lebih sahaja lagi aku akan menhadapi final exam..preparation pun zero g..adoii..cam mana nak buat ni???tapi sebenarnya aku x mau cite sal ni..aku nak cite kat korang sal naqibku..naqib yang telah banyak mengubah aku...perubahan cam mana tu??hahaha...biar aku sorang ja yang tahu...

First2 skali aku jumpa dia waktu 1st year waktu perjumpaan budak2 1st year..waktu tu naqib aku ni jadi mc conduct majlis tu..first impression aku kat dia.. ‘serius plak muka abg ni(muka yg penuh tanda tanya,penuh misteri)...poyo gler..buat biasa2 dah la’.. tapi muka dia tetap poyo sampai ke akhir majlis..myampah aku org camni..huhu..jahat x aku??

Pastu kali kedua aku jumpa dia kat event PMI..waktu tu la tau dia akan jadi naqib aku..hahaha..usrah berjalan setiap kali pas solat jumaat kat pusat islam..di dalam usrah ni la aku mengetahui siapa sebenarnya naqib aku ni..maka masa terus berjalan dan berjalan dan akhirnya dia pun telah meninggalkan kami...dia g mana tu???alhamdulillah dia telah bergraduasi dengan berjayanya..skang ni dia ada kat johor(kampung halamannya)..meneruskan kehidupan seperti orang kebiasaan yang lain...banyaknya jasa pada aku...antaranya ialah:

  • Mendedahkan apakah itu ukhuwah melalui kaca mata islam itu sendiri...merasakan diri ini hidup di universiti adalah bukan keseorangan tetapi hidup ini adalah berjemaah...maka terus merasakan sahabat2 yang lain adalah seperti keluarga yang amat rapat dan yang paling penting sekali sahabat2 yang seakidah yang bersama mendukung gerak kerja islam..
  • Mengajarku wang itu hanyalah dunia semata2...sungguh pemurah naqibku ini...tangannya sgguh ringan utk mendahului apabila pergi makan kat kedai2 makan..mengajarku rezeki ini semua adalah kurniaan ALLAH kepada hambaNYA...tidak akan kurang sama sekali apabila dibelanjakan kearah yang diredhai ALLAH..maka rezeki itu akan semakin melimpah ruah.
  • Mendedahku dan membawaku terlibat di dalam organisasi yang memperjuangkan islam..bukan senang orang yang nak terlibat dalam bnda2 camni...hasilnya dalam diri aku ini ialah menginginkan mati syahid...mati yang mulia...”YA ALLAH MATIKANLAH AKU DENGAN MATI YANG MULIA IAITU MATI SYAHID..AMIN YA ALLAH”semakin berkobar ingin aku mati syahid selepas aku tahu bagaimana as- syahid umar mukhtar(mujahid Libya),as-syahid ahmad yassin(mujahid palestin) dan as-syahid ust fadhil nor(mujahid Malaysia,mantan presiden pas) meninggal dunia...YA ALLAH HEBATNYA MEREKA NI...jom sahabat2 lain..kita terus istiqamah melarutkan diri dalam perjuangan islam ni...insyaALLAH.
  • Mambantu aku dalam menharungi tarbiyah direct dari ALLAH ni...ya ALLAH..bntulah aku untuk menempuh semua dugaan ini ya ALLAH...
  • Bnyak lagi...xtau nak cita apa dah...huhu

Maka yang terakhir aku sisipkan daripada surah ali-imran ayat 159 sebagai renungan bersama:

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

( سورة آل عمران ayat ke-159)

Syukran ya akhi najib


Tuesday, September 21, 2010

Sekadar perkongsian...

Assalamualaikum kepada semua sahabat yang mengenali diri ini...dah lama aku x update blog ni..hampir satu tahun aku x mengupdate blog ini...tanpa disedari aku kini sudah menjadi pelajar final year kat skool mekanik ni...sungguh pantas masa berlalu...mungkin ini adalah petanda dunia sedang nazak dan berada dalam ambang penghabisan..mungkin ramai daripada kita ini tidak menyedari akan hal ini...tapi inilah hakikatnya..kita mempunyai bnyak tanggungjawab..tggungjawab sebagai pelajar, tggungjawab sebagai anak dan sebagainya..tapi ingatlah wahai sahabat semua kita mempunyai tggungjawab yang lebih besar iaitu kpd ALLAH SWT...adakah kita pernah bermuhasabah dalam diri kita setiap saat,setiap minit apa yang telah kita lakukan untul islam???maka aku menjawab...sgguh sedikit ya ALLAH..madrasah ramadhan baru sahaja melabuhkan tirainya...ramadhan pada kali ini bnyak mgajar aku dari segi ujian ALLAH kepada hambanya...pelbagai ujian yang telah menimpa aku pada bulan RAMADHAN kali ini...tapi biar jelah aku sorang ja yang tau bersama dgn beberapa sahabat yang lain..


bersama sahabatku azlizam@adam...dialah yang bnyak membantu aku ketika berada di luar kampus(di rumah)..sungguh banyak jasamu kepadaku..



Aku bermuhasabah setelah bnyak sahabat yang membantu aku:

ALLAH nak uji kita
sama ada dgn ujian ni
akan dekatkan diri kita dgn ALLAH atau tidak
kalau dekat maka ganjarannya ALLAH saja yg tau
kalau x maka akan jauh tsesat kita nanti
ALLAH bg ujian kat kita tanda ALLAH SAYANG KITA
maka bgembiralah walaupn berduka
bukan senang ALLAH nak bagi perhatian kat kita
bersabarlah
insyaALLAH
ALLAH akan membalas dgn kebaikan yg kita x tau kelak
dgn ujian ni
kita akan jadi matang
kita kat dunia ni x lain x bukan hidup utk mendapat redha ALLAH
andaikata kita mndapat redha ALLAH
maka syurga dan sewaktu dgnnya mnjadi milik kita
sabarlah wahai malik
bnyakkkanlah
solat malam
solat tahajjud
solat taubat
mengadu pada ALLAH
nangis kepadaNYA
dgn cara ni jelah hati akan mnjadi tng walaupn bnyak masalah mnimpa
kita hidup hari ni seolah2 nak mati sok
x guna nak mngadu kat manusia
bukan manusia leh tolong pun
paling kurang tolong ckit jelah
tapi ALLAH
pertolongan dia maha luas
cuma kita x tau bila ALLAH nak tolong kita
tapi yakinlah ALLAH akan menolong setiap hambanya yang meminta pertolongan daripadanya..

akhir kalam kembalilah sebetul2nya kepada quran dan sunnah..

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan ALLAH? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama ALLAH).
( AL-BAQARAH,ayat ke-214)


WSSALAM..