Monday, June 22, 2009

Melangkah ke menara gading

ALHAMDULILLAH sagala puji bg ALLAH swt yg menciptakan bumi yg hijau dan biru ini. ALHAMDULILLAH juga ku panjatkan kpadaMU kerana akhirnya kedua2 adikku akan keluar dari rumah untuk mencari ilmu di luar. Kedua-dua adikku ini sebelum ini tidak pernah keluar dari rumah kerana mereka tidak pernah ke asrama. Berbeza dgnku kerana aku telah keluar dari rumah sejak berada di tingkatan 4 lagi kerana ketika itu aku mendapat tawaran utk melanjutkan pelajaran di sekolah asrama penuh. Adikku yg pertama bernama muhd naim bin jurit yg baru saja menamatkan stpmnya akan melanjutkan pelajarannya di universiti pertahanan nasional Malaysia (upnm) sg besi. Di sana nanti dia akan mengambi jurusan degree iaitu bidang sarjana muda pengurusan sumber manusia pertahanan. Kemungkinan insyaALLAH pasni dia akan menjadi seorang pegawai tentera yg berwibawa sama seperti bapaku (masih berada di dalam perkhidmatan sebagai tentera udara). Sorang lagi adikku siti adillah bt jurit yg baru saja menamatkan spmnya akan melanjutkan pelajarannya ke kolej poly-tech mara bangi dlm jurusan diploma perniagaan. Kalian suma mmg untung kerana masih dapat stadi dalam area Selangor dan kl ni. Tapi tggu jelah nanti sbb abah kata nak pindah Pahang. So kita sama2 akan berjauhan daripada keluarga tercinta.huhu..yg tinggal di rumah hanyalah dua orang adikku yg masih bersekolah iaitu ahmad junaidi b jurit(PMR tahun ni) dan siti nurashiqah bt jurit(upsr tahun ni)..kepada adik2ku yg masih bersekolah ni teruskan perjuangan anda di rumah..blajaq rajin..tahun ni angpa piksa besaq..buat yg terbaik..

Maka pesanan kepada adik2ku berhijrahlah ke tempat baru utk mencari pengalaman yg seluas2nya. Peliharalah akhlakmu ketika berada di tempat orang lain. Jagalah peribadimu dan santunmu ketika bergaul dgn orang lain. Kukuhkanlah akidahmu dgn majlis2 ilmu yg berada di sana sini.. dan yg paling penting sekali jagalah agamamu dan keluargamu sebaik mungkin.sentiasa ingat pada ALLAH walaupn berada dalam keadaan senang atau susah..insyaALLAH ALLAH bersama kalian...wallahua’lam...


Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #100)

3 comments:

Aneroid said...

Manthop.....

AquE said...

bgus ar Malek

Anonymous said...

baik la abg ku..akan ku ingati pesananmu.
haha...