Thursday, June 4, 2009

sekolahku


aku n adam(sahabat aku dunia akhirat..insyaALLAH)

sepintarianz

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada suma yg mngenali diriku ini. Kita berjumpa kembali dgn post yg baru...apa yg nak aku coretkan pada hari ini ya. Tiba2 saja idea tu datang smalam. Smalam tu... semangatnya aku nak menulis post yg baru ini. Tajuk post aku yg baru ni berkaitan dgn sebuah lagu nasyid yg aku minat sangat2. Lagu dendangan daripada kump unic yg bertajuk sekolahku..sedap gler lagu tu..teringat aku kat rakan2 skola aku waktu aku kcik2 dulu..yg paling x dapat dilupai ialah sahabat aku di SMKKJ BERANANG dan di SBPI RAWANG(excited nak masuk skola ni kos asrama penuh la katakan). Di sinilah aku mula belajar erti kehidupan dalam berkawan,bepersatuan dan sebagainya..berikut ialah lirik lagu SEKOLAHKU:

Sekolahku

Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Bertahun lama aku meninggalkan
Laman sekolah yang penuh kenangan
Memori indah mengusik di jiwa
Suka dan duka dalam memburu cita

Masih terbayang kenakalan teman
Usik mengusik bersenda gurauan
Kini setelah kita berjauhan
Semuanya itu menjadi kerinduan

Tetap segar dalam ingatan
Kali pertama berkenalan
Senyuman mesra menyimpulkan
Tali persahabatan

Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan


Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Oh sekolaku, kau amat ku rindu
Tempat bermula ku menimba ilmu
Jasamu guru mendidik daku
Namamu harum di dalam ingatanku
"You're my lovely school, I love you, I miss you"

Rasanya x perlu la aku hurai2 panjang2 kat sini..segala isi hatiku sudah disampaikan oleh lirik lagu ni..huhu

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَن
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Daripada hadis di atas kita mengetahui bahawa persaudaraan sesama islam amat la penting walaupun sudah berpisah sama ada selama2nya atau sekejap sahaja..maka peliharalah hubungan kita dengan sempurna iaitu sesama kawan dan tidak ketinggalan kpada ibu bapa kita sendiri..tapi perlu diingat bahawa hubungan kita dgn ALLAH lebih tggi darjatnya..maka amar ma’ruf nahi mungkar disini memainkan peranan pntg dalam mnjaga hubungan kita dgn ALLAH SWT..tanamkan niat kita sgala2nya hanyalah utk manggapai keredhaan ALLAH SWT..

Kpd sahabat2 yg mengenali diriku ni xpecially drp sepintar n khir johari....

Ukhuwah fillah Abadan abada

Salam perjuangan buat semua....

No comments: