Sunday, June 14, 2009

Mengapakah PMI berada di kampus usmkkj???




Assalamualaikum dan salam perjuangan buat sahabat2 sekalian..tajuk post aku pada kali ini berkaitan dengan sebuah persatuan yg agak femes dimana persatuan ini wujud di setiap university..apakah itu PMI??? PERSATUAN MAHASISWA ISLAM merupakan sebuah organisasi yg ditubuhkan bg menjadi badan pendakwah di dalam sesebuah bumi kampus. Peranan ini dimainkan oleh sebuah organisasi yg dibentuk khas dimana terdiri daripada majlis tertinggi dan barisan exco. Pada sidang 2008/2009 yg lalu PMIUSMKKJ telah dikemudi oleh seorang anak muda daripada perlis iaitu saudara adham dibantu bersama2 oleh saudara zaidi (pemikir HPA) yg berasal dari Kelantan..kemudian ada la beberapa orang g yg tlibat dalam majis ttinggi ni..tapi malas nak cita..huhu..bagi hal ehwal muslimat pula dikendalikan oleh seketariat helwani dimana diketuai olah ukhti naimah rosyadah(kimia 3)..barisan exco plak dipecahkan kepada beberapa bidang..antaranya sukan, penerangan, kebajikan, tarbiyah dan kepimpinan,ekonomi dan akademik..xsilap suma ni dah cukup kot..nape plak nak kena ada organisasi cam ni suma??? Hal ini disebabkan sesuatu perancangan yg nak dilakukan tu mestilah di buat berdasarkan mesyuarat..kalau dah xdak sesuatu organisasi tu cam mana nak wat keputusan???sapa plak yg nak buat mesyuarat???maka akibatnya x berjalanlah sesuatu aktiviti tu...

Sebaik-baiknya, aktiviti dakwah hendaklah dilaksanakan dalam bentuk jamaah atau berorganisasi supaya lebih tersusun dan berkesan.
.
Firman Allah AWT: " Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu saling tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan." (Al-Maidah: 2).

Iktibar yang paling penting di dalam ayat ini adalah semua aktiviti "kebaikan dan taqwa" mestilah dilakukan secara tolong menolong. Tolong menolong biasanya melibatkan ramai orang dan aktiviti yang melibatkan ramai orang memerlukan sistem yang mantap dan sistem yang mantap hanya dapat diwujudkan melalui organisasi yang bersistem. Justeru Dr. Abdul Karim Zaidan merumuskan dalam kitabnya, Usul Ad-Dakwah : Ayat ini adalah dalil berhubung dengan kewajipan mewujudkan organisasi atau jamaah. Malah wajib dilaksanakan dakwah melalui organisasi apabila hasil tidak tercapai melainkan dengannya. Salah satu kaedah usul feqh menyebut: Suatu perkara yang tidak sempurna perkara yang wajib kecuali dengannya (dengan melaksanakan perkara tersebut), maka perkara itu juga adalah wajib.

Firman Allah SWT: " Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di atas jalan-Nya berjuang di dalam satu saff (barisan), seolah-olah mereka itu sebuah binaan yang amat kukuh." (As-Soff: 4).

As Syahid Syed Qutub dalam kitabnya, Fi Zilalil Qur'an menyebutkan: Yang dituntut bukanlah semata-mata berjuang tetapi berjuang di atas landasannya dan berjuang dalam saff bersama-sama dengan jemaah Islam.
.Sabda Rasulullah s.a.w: " Akan wujud penyeru-penyeru di pintu neraka jahannam. Barangsiapa menyambut seruan mereka, dia akan dilemparkan ke dalam neraka." Huzaifah bertanya: Apakah yang patut aku lakukan jika aku berdepan dengan suasana itu?. Jawab Rasulullah: " Berpeganglah dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka". Hadis ini jelas menceritakan mehnah dan suasana akhir zaman dan kepentingan beriltizam dengan organisasi atau jamaah Islam.
Berhubung hadis di atas, Sheikh Said Hawa didalam kitabnya, Madkhal Ila Dakwah al-Ikhwan al-Muslimin berkata: Zaman kita kini adalah zaman lahirnya penyeru-penyeru di pintu neraka. Hadis ini menuntut kita beriltizam dengan jemaah Islam dan pimpinannya. Maka daripada ini kita dapat tahu betapa pentingnya sesebuah organisasi itu..

Sahabat2 seperjuangan sekalian,usahlah kamu berasa jemu berada dalam PMIUSMKKJ ini..tekadkanlah hati ini bagi memperjuangkan dan meninggikan agama ALLAH ini..jadikanlah ini sbg medan latihan utk kita bergiat lebih aktif lagi dalam aktiviti dakwah selepas keluar daripada bumi kampus usmkkj..wallahua’lam

Sekian...


9 comments:

Anonymous said...

assalamu'alaikum.. tahniah dan takziah buat saudara.. kerana telah diamanahkan oleh Allah s.w.t dengan nikmat berblogger.. Semoga dapat istiqamah di medan perjuangan ini disamping insan-insan yang anda cintai.. Ikhlaskan segala hanya kerana Allah s.w.t dan susurilah sunnah Rasul s.a.w dari segala aspek.. bukan hanya darisegi pakaian atau zahir semata.. tetapi semua..

Anonymous said...

bagus2

krilinnn said...

baiklah saudara anonymous..syukran segalanya..

krilinnn said...

apa yg bagus2nya???huhu

sudu said...

SALAM.
Tahniah adik malik, terus maju ke depan.semoga medium ini dimanfaatkan sebaik mungkin dlm menyebarkan dakwah

Anonymous said...

tadi suruh komen..kata la bagus2,hehe

hamba Allah v. 2.0 said...

makcik belah ayah aku ckp apsal blog ni stil xde gambar aku agi..ari2 beriya2 menabur janji2 palsu nk letak gmbr aku...kecik ati aku.waaa

Anonymous said...

tahniah,teruskan berblog sbg medan dakwah alternatif....teruskan perjuangan,jgn sesekali merasa lemah....

Anonymous said...

xcellent bro...
make ur blog as ur tongue of da'wah..
lastly, viva 4evar...