Tuesday, September 21, 2010

Sekadar perkongsian...

Assalamualaikum kepada semua sahabat yang mengenali diri ini...dah lama aku x update blog ni..hampir satu tahun aku x mengupdate blog ini...tanpa disedari aku kini sudah menjadi pelajar final year kat skool mekanik ni...sungguh pantas masa berlalu...mungkin ini adalah petanda dunia sedang nazak dan berada dalam ambang penghabisan..mungkin ramai daripada kita ini tidak menyedari akan hal ini...tapi inilah hakikatnya..kita mempunyai bnyak tanggungjawab..tggungjawab sebagai pelajar, tggungjawab sebagai anak dan sebagainya..tapi ingatlah wahai sahabat semua kita mempunyai tggungjawab yang lebih besar iaitu kpd ALLAH SWT...adakah kita pernah bermuhasabah dalam diri kita setiap saat,setiap minit apa yang telah kita lakukan untul islam???maka aku menjawab...sgguh sedikit ya ALLAH..madrasah ramadhan baru sahaja melabuhkan tirainya...ramadhan pada kali ini bnyak mgajar aku dari segi ujian ALLAH kepada hambanya...pelbagai ujian yang telah menimpa aku pada bulan RAMADHAN kali ini...tapi biar jelah aku sorang ja yang tau bersama dgn beberapa sahabat yang lain..


bersama sahabatku azlizam@adam...dialah yang bnyak membantu aku ketika berada di luar kampus(di rumah)..sungguh banyak jasamu kepadaku..



Aku bermuhasabah setelah bnyak sahabat yang membantu aku:

ALLAH nak uji kita
sama ada dgn ujian ni
akan dekatkan diri kita dgn ALLAH atau tidak
kalau dekat maka ganjarannya ALLAH saja yg tau
kalau x maka akan jauh tsesat kita nanti
ALLAH bg ujian kat kita tanda ALLAH SAYANG KITA
maka bgembiralah walaupn berduka
bukan senang ALLAH nak bagi perhatian kat kita
bersabarlah
insyaALLAH
ALLAH akan membalas dgn kebaikan yg kita x tau kelak
dgn ujian ni
kita akan jadi matang
kita kat dunia ni x lain x bukan hidup utk mendapat redha ALLAH
andaikata kita mndapat redha ALLAH
maka syurga dan sewaktu dgnnya mnjadi milik kita
sabarlah wahai malik
bnyakkkanlah
solat malam
solat tahajjud
solat taubat
mengadu pada ALLAH
nangis kepadaNYA
dgn cara ni jelah hati akan mnjadi tng walaupn bnyak masalah mnimpa
kita hidup hari ni seolah2 nak mati sok
x guna nak mngadu kat manusia
bukan manusia leh tolong pun
paling kurang tolong ckit jelah
tapi ALLAH
pertolongan dia maha luas
cuma kita x tau bila ALLAH nak tolong kita
tapi yakinlah ALLAH akan menolong setiap hambanya yang meminta pertolongan daripadanya..

akhir kalam kembalilah sebetul2nya kepada quran dan sunnah..

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan ALLAH? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama ALLAH).
( AL-BAQARAH,ayat ke-214)


WSSALAM..

No comments: