Tuesday, September 28, 2010

Perihal seorang hamba ALLAH yang aku segani...

Salam seakidah semua..harap semuanya sihat dan sentiasa berada di bawah rahmat ALLAH..lagi sebulan lebih sahaja lagi aku akan menhadapi final exam..preparation pun zero g..adoii..cam mana nak buat ni???tapi sebenarnya aku x mau cite sal ni..aku nak cite kat korang sal naqibku..naqib yang telah banyak mengubah aku...perubahan cam mana tu??hahaha...biar aku sorang ja yang tahu...

First2 skali aku jumpa dia waktu 1st year waktu perjumpaan budak2 1st year..waktu tu naqib aku ni jadi mc conduct majlis tu..first impression aku kat dia.. ‘serius plak muka abg ni(muka yg penuh tanda tanya,penuh misteri)...poyo gler..buat biasa2 dah la’.. tapi muka dia tetap poyo sampai ke akhir majlis..myampah aku org camni..huhu..jahat x aku??

Pastu kali kedua aku jumpa dia kat event PMI..waktu tu la tau dia akan jadi naqib aku..hahaha..usrah berjalan setiap kali pas solat jumaat kat pusat islam..di dalam usrah ni la aku mengetahui siapa sebenarnya naqib aku ni..maka masa terus berjalan dan berjalan dan akhirnya dia pun telah meninggalkan kami...dia g mana tu???alhamdulillah dia telah bergraduasi dengan berjayanya..skang ni dia ada kat johor(kampung halamannya)..meneruskan kehidupan seperti orang kebiasaan yang lain...banyaknya jasa pada aku...antaranya ialah:

  • Mendedahkan apakah itu ukhuwah melalui kaca mata islam itu sendiri...merasakan diri ini hidup di universiti adalah bukan keseorangan tetapi hidup ini adalah berjemaah...maka terus merasakan sahabat2 yang lain adalah seperti keluarga yang amat rapat dan yang paling penting sekali sahabat2 yang seakidah yang bersama mendukung gerak kerja islam..
  • Mengajarku wang itu hanyalah dunia semata2...sungguh pemurah naqibku ini...tangannya sgguh ringan utk mendahului apabila pergi makan kat kedai2 makan..mengajarku rezeki ini semua adalah kurniaan ALLAH kepada hambaNYA...tidak akan kurang sama sekali apabila dibelanjakan kearah yang diredhai ALLAH..maka rezeki itu akan semakin melimpah ruah.
  • Mendedahku dan membawaku terlibat di dalam organisasi yang memperjuangkan islam..bukan senang orang yang nak terlibat dalam bnda2 camni...hasilnya dalam diri aku ini ialah menginginkan mati syahid...mati yang mulia...”YA ALLAH MATIKANLAH AKU DENGAN MATI YANG MULIA IAITU MATI SYAHID..AMIN YA ALLAH”semakin berkobar ingin aku mati syahid selepas aku tahu bagaimana as- syahid umar mukhtar(mujahid Libya),as-syahid ahmad yassin(mujahid palestin) dan as-syahid ust fadhil nor(mujahid Malaysia,mantan presiden pas) meninggal dunia...YA ALLAH HEBATNYA MEREKA NI...jom sahabat2 lain..kita terus istiqamah melarutkan diri dalam perjuangan islam ni...insyaALLAH.
  • Mambantu aku dalam menharungi tarbiyah direct dari ALLAH ni...ya ALLAH..bntulah aku untuk menempuh semua dugaan ini ya ALLAH...
  • Bnyak lagi...xtau nak cita apa dah...huhu

Maka yang terakhir aku sisipkan daripada surah ali-imran ayat 159 sebagai renungan bersama:

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

( سورة آل عمران ayat ke-159)

Syukran ya akhi najib


No comments: