Sunday, July 26, 2009

aku bermuhasabah kembali


Salam lestari buat semua yg kenali diriku ini..agak lama juga la aku x buat post yg baru ni..ramai yg tertanya2 kat aku bila la nak buat post yg baru ni. Seperti biasa aku jawab la aku busy..busy memanjang..dah penah satu ari tu aku dah jadi malas dgn kerja2 persatuan ni..sampai dah nak lari drp perjuangan yg aku bawa ni daripada 2nd year g..pada satu masa tu plak rasa nak amik cuti kejap.. sebulan ja..kalau x boleh sebulan, seminggu jadila..aku bukan nak drop... tapi nak cuti jap...bg mencari diriku yg dah lama hilang..diriku yg hilang entah ke mana..aku pun amik satu jalan dgn meluahkan perasaan kat sahabat2 ku yg terdekat..ternyata mereka semuanya sayang kat aku..berikut ialah nasihat dan dorongan yg diberikan oleh sahabat2 ku ini :


Sahabat pertama :

malik, perjuangan islam yg kita

bawa ni bukan boleh diukur dari

segi akal logik kita...kkadang tu

kuasa ALLAH memungkin

segala2nya dan kuasa ALLAH

tu diluar kemampuan pikiran

manusia..


Sahabat kedua dan ketiga :

malik, bukan ko ke yg masuk

persatuan ni dulu..ko yg ajak

kami..xkan ko dah nak lari dah

kot???amik satu masa tu

lupakan semua kerja2 kita..jom,

kita layan spontan

dulu..malik,ko ibarat rantai

perjuangan yg menjadi

penyambung kpd kami2

semua..kalau ko nak

putuskan..maka putuslah

semua...kami semua ni nak

letak mana???


Sahabat keempat :

ada dlm 1 kg ni sorg bdk nama abu

abu ni bdk nakal selalu mencuri,usik org dan mcm2 lg

1 hari org tua kat kg tu nama pak kassim tegur dia dgn baik

"abu sampai bila nak jd gni,abu muda lg kn pk msa dpn kn jd budak baik"

dn mcm2 lg pak kassim nasihat dia

abu biasa la budak samseng xblh dia tegur

abu geram dan rs marah

1 hari abu nak kena kan pak kassim

niat abu nak malukan pak kassim dpn org ramai

masa pak kassim tgh minum kat kdai kopi ngn kwn2

abu dlm dgn suara tinggi abu gengam 1 benda dlm tngan dia

abu ckp"klau pak kassim bijak sgt dlm tgn aku ada anak burung

klau pak kassim hebat sgt bgth la ank burung ni mati ke hidup

pak kassim rs malu jg ditengking dpn kwn2 tp pak kassim sabar dn jwb ngn lembut

pak kassim jwb"klau pak kassim ckp ank burung tu hidup abu akn genggam dia sampai mati"

"klau pak kassim ckp anak burung tu mati abu akn lepaskan genggam dn anak burung tu terbang hidup"

jd skng keputusan di tangan abu

ok malik klau xpaham pun cite td buat2 la paham huhu

skng keputusan kat tgn malik

bila dh buat buat dgn sgh2

klau rs xmampu buat buat la stakat yg mampu


kemudian aku memikir sejenak apa yg mereka cuba bgtau aku...muhasabah kembali menjelma dalam diriku...


respon aku kpd sahabat pertama :

sebelum ini aku merasakan yg akademik aku mmg ketinggalan jauh berbanding dgn sahabat2 ku yg lain..sahabat pertama ni juga pernah berkata kpdku yg kerja persatuan ni mestila selari dgn akademik aku..tapi aku dah cuba nak selarikan tapi gagal..aku amat mencemburui seorang sahabatku ini..dia ni satu skool dgn aku..kerja2 persatuan ni mmg sama banyak dgn aku tapi bila result dia kuar mmg gempak gak la...aku cuba nak menjadi mcm dia tapi kecundang gak..semua ini bermain di dlam kotak pikiran aku...tapi drp kata2 di atas, aku bermuhasabah kembali..maka ALLAH adalah segala2nya..MAKA DIALAH YG MEMBERI KEJAYAAN DAN KEGAGALAN KEPADA MAKHLUKNYA...DIALAH MAHA MENGETAHUI SETIAP PERJALANAN MAKHLUKNYA..aku bermuhasabah kembali


respon aku kpd sahabat kedua dan ketiga :

sahabat2 ku ini juga adalah batch aku gak...waktu depa kata cam tu..agak tersentap gak la di dalam hati ini..yelah..sungguh malunya aku kerana pemahaman mereka lebih mantap dari aku sdangkan aku antara orang yg terawal join organisasi ni.sekiranya aku dah nak give up cam mana plak dgn mereka yg masih setia di dalam perjuangan ini..xkanla aku nak pntingkan diri sendiri plak..kalau dah susah bersama2 senang pun bersama2 la..mgapa skarang baru aku nak bersuara utk keluar dari perjuangan yg telah lama aku pikul ni..nape x kuar dari dulu lagi.bersalahnya aku kat korang semua..aku bermuhasabah kembali...


respon aku kpd sahabat keempat :

aku teramatlah terkejut apabila sahabatku yg keempat ni cuba menasihati aku gak...yelah...mana x terkejutnya..dia ni sorang yg suka lari drp program yg dianjurkan persatuan...sebelum ini aku sudah bersungguh2 melakukan kerja persatuan ini...nape plak tiba ja aku jadi x bersungguh2..semangat aku ilang...maka aku bermuhasabah kembali...



maka aku skarang di dalam proses pemulihan...kembali kpd kawan dan yg paling pntg kembali kpd ALLAH...


harapanku ialah aku dapat pulih seperti dahulu dan marilah kita bersama2 kembali semula memegang amanah ini.. Tiada alasan untuk menolak amanah yg telah diberikan.maka peganglh amanah tu dgn sebaik mgkin..layak atau x layak bukan kerja kita...qada n qadar telah menentukan dan ini suma datang dari ALLAH SWT.. sebaik2 perancangan adalah daripada ALLAH SWT... Simpul matikanlah tautan rantai perjuangan yg telah kita bina ini.

..wallahua’lam


“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu untuk menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya,dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dgn adil. Sesungguhnya Allah memberi pelajaran yg sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (An Nisa : 58)

6 comments:

tok bilal said...

bgos r hang ni, hamba Allah yang memimpin...still ag dlm persatuan...selamat berusaha..

Anonymous said...

diriku dicop sbg pe'lari'an huhu..sabaq je la..p/s:bkn lari tp sdg mencari diriku yg juga dah hilang..

Anonymous said...

salam
wahai adikku,
bermuhasabah lah balik kenapa kita bergerak dlm persatuan
kenapa aku sekarang ini bergelar pemimpin
jgn biarkan ia tidak terjawab kerana setiap yang jadikan pasti bersebab dan pasti, janji Allah dlm surah al-baqarah ayat 286, Allah tidak membebani hambaNYA melainkan ia sesuai melakukannya (akhir ayat...)

ya,
kita mngkn akan terkeciwa kdg2,
besa la tu,
tp keciwa tu atas sbb ape?
atas sbb sesuatu yng menimpa kita atas sbb tindakan luaran atau sbb diri sendri?
fakta menyatakan tindakan luaran (faktor luaran) hanya memberi efek 10% shj pada kita, the next 90% tu atas asbab tindakan kita pula...
(aktivitisosial.blogspot.com)

Qalam'Aini said...

salam...kagum...byk btoi support dari sahabat2...so,kat mana dah diri yang hilang tu skarang??

Unknown said...

salam bro..xsure nk komen tang mne..so aku pilih tang sini je ek? kalo ko mmg nak berdakwah guna online..aku cdangkan gak..bawah posting ko..bg sikit sumber merujuk?

cam saifulislam or minda tajdid.. sebab sbnarnya byk sumber kat dunia online ni, just or nk baca xnak bc je.. dgn kesungguhan ko promosi blog ko, bleh gak dorg taw website ISLAM yang wujud.

Dan munkin gak ko bleh ulas pandangan daripadi org2 ternama mengikut perspektif student..mekanik kalo leyh?

Usaha+ilmu+amal=pahala+hasil insyallah :)
salam

Anonymous said...

Alhamdulillah,sgt memberi motivasi walupn dah pnah bc sblm ni.syabas n syukran...