Wednesday, March 30, 2011

hamba dan khalifah

Salam seakidah buat semua yang mengenali diriku ini…lama dah x update blog ni..penuh dgn habuk n sesawang walaupun x nampak..angpa buat2 la nampak la ye…pertama2nya nak ucapkan tahniah n syukran kat ikhwan sbb tolong update blog kat aku..yang posting bawah ni
dia yang buat sebenarnya kawan2…tapi xpe la..kira ok la gak kan?? Diriku kini semakin hampir utk meninggalkan bumi USMKKj yang bagi aku adalah merupakan bumi yang bertuah..hal ini kerana di sinilah aku bnyak belajar tentang kehidupan..kehidupan berorganisasi dan sebagainya…di sini jualah aku bertemu dengan sahabat2 yang bnyak membantu aku utk berubah menjadi seseorang yang betul2 untuk mngenali islam.

Bila kita bercakap tentang islam semua faham akan hal ini..islam lah aku sekiranya aku dapat menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa penuh di bulan ramadhan, tunjuk akhlak yang baik dan perkara yang seangkatannya..namun ramai yang tidak memahami islam itu dari segi konsep yang menyeluruh. Pada ketika dunia akhir zaman sekarang islam hanya diaplikasikan dalam ruang lingkup yang amat sempit seperti contoh aktiviti2 masjid, puasa, nikah dan sebagainya. Pada hakikatnya islam tu adalam menyeluruh untuk setiap aspek kehidupan dari kita dilahirkan sehinggalah kita dijemput oleh ALLAH swt. Islam tu mengajar kita secara meluas dari aspek perniagaan, sosial(ikhtilat),perundangan,politik dan sebagainya. Tetapi apa yang boleh dilihat dalam dunia sekarang, seolah2 islam itu sudah dipecah2kan kepada aspek2 yang tertentu sahaja. Kita tggal dulu bab ni sbb angpa suma lebih mengetahui..

Kita dilahirkan di bumi ALLAH ini sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar. Kita dipertanggungjawabkan untuk menjadi hamba ALLAH dan khalifah ALLAH. Apakah tanggungjawab kita sbg hamba ALLAH ya kawan???maka seseorang yang menggalas tanggungjawab ini perlulah mempunyai sensitiviti untuk memperhambakan diri sepenuhnya kepada ALLAH..maksud di sini ialah kita perlulah melakukan setiap perkara yang disuruh oleh ALLAH swt dan meninggalkan setiap perkara yang dilarangNYA seperti yang sudah termaktub dalam AL-QURAN,AS-SUNNAH, IJMAK ULAMA, dan QIAS.

Seseorang itu dikira berjaya menjadi hamba ALLAH sekiranya seseorang itu merasai kehangatan cinta kepada ALLAH serta kekasih ALLAH,RASULULLAH SAW melebihi segala2nya..tapi berapa kerat saja yang merasai kehangatan cinta sebegini rupa???sama2 lah kita bermuhasabah diri..

Apa pula peranan kita sebagai khalifah ALLAH? Peranan khalifah ALLAH adalah memakmurkan muka bumi ALLAH yang kita sedang diami ini juga berpandukan kepada AL-QURAN,AS-SUNNAH, IJMAK ULAMA dan QIAS. Memakmurkan di sini adalah bermaksud kita mestilah menjadikan bumi ALLAH ini berjalan dalam keadaan yang terbaik serta sempurna tanpa sebarang cacat cela. Sempurna di sini bermaksud setiap pekerjaan,tinda-tanduk yang dilakukan tidak menyimpang atau tersasar daripada syariat yang sudah ditetapkan oleh ALLAH swt..cacat cela di sini pula bermaksud kita melakukan sesuatu yang boleh membawa kemurkaan ALLAH kepada kita..maka perlulah difahami tidak dapat tidak peranan khalifah ini perlulah digalas oleh semua orang yang bergelar islam.

‘Perbaikilah dirimu di samping kamu menyeru seseorang kearah kebaikan’
Ungkapan yang dipetik drp IMAM HASSAN AL BANNA

Sebenarnya apa yang nak diperkatakan peranan khalifah ini adalah tanggungjawab dakwah kita kepada manusia sebenarnya. Apa yang anda semua faham pasai dakwah? Dakwah merupakan suatu seruan untuk mengajak seseorang melakukan kebaikan dan serta merta meninggalkan kemungkaran. Ramai orang menganggap dakwah ini hanyalah kerja para ulama atau kepada mereka yang hanya bergelar ustaz sahaja..ternyata kepada sesiapa yang mempunyai persepsi sebegini mempunyai akal yang sudah didoktrin oleh puak2 yahudi dan nasara. Antara cara berdakwah yang paling mudah ialah berbual dgn seseorang tentang kebesaran ALLAH yang sedikit sebanyak dapat melahirkan rasa keinsafan di dalam diri kita…ok2..xnak cerita pasai dakwah sbb angpa semua faqih dah pasai gerak kerja ni…yelah..kedatangan usrah penuh…selalu p dgr ceramah2 ustaz…lani aku nak kongsi satu blog..blog adik bongsuku…menarik juga aku rasa…sori ye shiqah…hehe..

http://cik-shiqah.blogspot.com/2011/03/perbualan-singkat-antara-aku-dan-dia.html


jadikanlah kami terus istiqamah dalam mengangkat martabat agamaMU ya ALLAH!!! amin...

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
( سورة آل عمران , Ali-Imran, Chapter 3, Verse 104)

Kesimpulannya ALLAH WA RASUL A’LAM

wssalam...

3 comments:

settled is good! said...

wawa....mantop2...a.malik mmg mantop...i likee...^^

aku's.. said...

hahaa..bagus2.,teruskan usaha anda utk berblog..mudahan2 mnjadi 1 ibadah.

Sepi Seorang Muezzin said...

assalamu'alaikum.. sampai hati gambar den takdo.. huhu.. malik comey.. moga istiqamah disamping mereka yang berjuang..