Saturday, July 18, 2009

status: busy yg melampau2

Salam lestari buat semua yg mengenali diriku..sudah lama jari jemariku tidak menari di atas papan kekunci ini. Al maklumlah aku sekarang sudah masuk tahun 3 dalam bidang kejuruteraan mekanik ni. Semakin busy la agaknya. Tinggal setahun lebih lagi nak grad. Pejam celik pejam celik banyak kenangan yg sedih, menarik, gembira, lucu dan sebagainya sewaktu berada dalam tahun 2 dahulu.

Pengalaman mengajar kita menjadi matang dan pada sidang baru ini, aku nak jadi lebih matang daripada sebelum sebelumnya. Tapi ada sahaja yg membantut aku nak jadi matang disebabkan perangai aku yg happy sentiasa sepanjang masa x kisahla tgh bersedih atau x... Abaikan semua itu, janji aku dapat tgk korang semua gembira itu sudah memadai bagi aku..hahahahah..


sahabat seperjuanganku..dari kanan cik lan,syuk,syak

Kali ni aku menulis dalam perenggan sbb salah sorang senior aku suh wat camni..bila dpikirkan btoi gak..seronok ckit nak baca. Berbalik dgn tajuk di atas aku sudah busy tahap melampau2 walaupun skang baru masuk mggu ke 2. Busy apa plak tu??? Tentulah busy dgn akademik dan persatuan. Mggu ke 2 sahaja dah ada test, quiz n assignment..dah la sem ni aku amik 20 unit..mmg best la. Bagaimana nak buat ya en zaidi??? Seperti mana jawapan yg selalu diberikan olehnya, kena pandai bahagikan masa. Bila dipikirkan balik aku kena buat satu strategi iaitu pengurusan masa. Cam mana nak buat tu malik oiii???

Buat jelah..janji ada suatu susunan masa yg strategik dah tersusun..ustaz aku dulu pernah berkata orang yg semakin sibuk adalah orang yg semakin hampir dengan sesuatu kejayaan..sbb apa ek???sebab apabila kita semakin sibuk kita akan semakin pandai menggunakan masa yg dikurniakan ALLAH kpd kita..firman ALLAH:

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran." [TERJEMAHAN SURAH AL ASR]

Daripada firman ALLAH di atas kita mengetahui bahawa manusia betul2 dalam kerugian sekiranya mereka tidak pandai merancang penggunaan masa dengan baik. Maka jadilah orang2 yg beriman sepenuhnya kpd ALLAH..sekiranya keimanan kita kepada ALLAH berada pada tahap yg tertinggi sudah tentulah kita tahu tujuan hidup kita. Tujuan hidup kita yg paling utama ialah memperjuangkan agama ALLAH ini dengan sebaik mungkin. Bagaimana nak memperjuangkannya??? Antaranya ialah belajar elok2..score yg paling best..di sinilah time management memainkan peranan penting kpd kita lebih2 lagi kepada kita sbg mahasiswa islam.

Moga ALLAH memudahkan urusanku dan sahabat2 yg lain. Moga kesibukan yg diberikan ini dapat memuhasabahkan diri yg lemah ini dan seterusnya memberikan kejayaan kepada kita semua..AMINNN

10 comments:

tok bilal said...

klau da busy 2 cam bese r, kne r pande bhg mase..ade mase relek2 ade mase serius s2d..klau relek sgt xleh gak,klau study memanjang je mau leh jd gler n nurd...hehe,,so, pndai2 r nk idop..

Unknown said...

Salam hpa..ha btui3. kena busykan diri sentiasa,baru rasa nikmat kesenangan yang slama ni terbuang begitu saja. InsyaALlah masa mmng akan terurus. Sungguh masa itu adalah MilikNya, kita hanya berhak mengatur tp Dia yang akan membenarkannya..

hamba ALLAH yg memimpin said...

btoi tu tok bilal..pasni ingat nak blaja dgn ang..aku pun nak jadi scorer cam ang gak..huhu

amrullah said...

"kewajipan kita lebih banyak dari waktu yg telah ditetapkan"..itulah fitrah atau sunnahtullah seorang yang memperjuangkan ISLAM..kita bukan hanya disibukkan dengan bebanan akademik,tetapi juga sibuk dgn tugas dakwah..insyaAllah moga kita semua diberikan kekuatan utk istiqamah dan dapat membahagikan masa antara tugas dakwah dan akademik...jika kita tolong agama Allah,Allah akan memudahkan urusan kita di dunia dan akhirat..

tok bilal said...

aku bukanla scorer mane pon wahai hamba Allah yang memimpin...2 sume rezeki Allah nk bg...pnh gk jd s2d bgai nk rak,tp result xbpe nk baik,2 bkn bermakne hg xpndai,tp cme xde rezeki lagi...btol x?

hamba ALLAH yg memimpin said...

baiklah tok bilal..hamba akan cuba mengigati pesanan yg disampaikan..sekalung penghargaan juga kepada shadow n amrullah yg memberi komen dalam blog hamba ini..

GEMBALA SUARA said...

saLAm..

setelah melihat BLog anda neh...
saye melihat ianya kurg digunakan sbg medium dakwah..banyak digunakan untuk medium perihal peribadi....

dan saye merasakan tidak rasional bagi saya untuk melayari BLog ini..
kerana ia tidak fresh ngan isu2 semasa...
dan...
kerana gambar aku pun x le ade..

ni yang tension ni..
suh komen..gambar satu pun xde..
blah la malik...
saLam bLoGGER....

tok bilal said...

laa da ni blog die..suke ati die r nk tulis pape pon..adeii..

hamba ALLAH yg memimpin said...

hehe..biarkan si wan tu tok bilal...dia melawak ja tu sbb dia jeles...hahaha..aku mmg memahami budak2 kcik xpecially si wan ni..huhu

abe teku said...

huihui.. rupa2nya yg duk komen kat sini org2 yg disuruh oleh malik rupa2nya (termasuklah diriku ini)..

alhamdulillah bagus malik.. wpun baru jer bjinak2 dgn blog ni tp dh bnyk dh rupa2nya idea2 yg dicurahkan.. wpun betul kata 'wan', bnyk yg ditulis di sini adalah berkaitan dgn hal peribadi.. tp spt kata ustaz zaharuddin wpun hal peribadi, tp jika diolah dgn penulisan dan isi yg baik, nescaya mjadi ilmu dan panduan kpd si pembaca.. bukankah pengalaman tu penting utk dikongsi bersama??.. tak dgn member, kongsi ngan cucu dan cicit, tul x malik?? hehe...

oklah lik, mula2 rasa terpaksa td nk komen, tp bila dh komen ni jd panjng pulak, apa2pun komen saya di sini adalah ikhlas insyaAllah, terkasar bahasa terkurang adab harap dimaafkan.. ala mcm biasa la malik, gurau2 senior dan junior..

ok. teruskan berdakwah melalui blog! dan melalui akhlak malik!..

salam mesra dr seniormu.. wassalam :D